DEVELOPMENT OFFICE

VISI DAN MISI PEJABAT PEMBANGUNAN

VISI

Menjadi Pusat Tanggungjawab contoh serta diiktiraf tahap kecemerlangan selari dengan matlamat Universiti dalam Urusan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Universiti.

MISI

Membangun dan memastikan fasiliti sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, sedia guna dan terpelihara melalui khidmat yang efisien agar dapat menyumbang kepada kelancaran bagi semua aktiviti pentadbiran, pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta khidmat masyarakat.

OBJEKTIF

Memastikan semua urusan pembangunan meliputi proses perancangan sehingga penyiapan projek dan semua urusan pengurusan fasiliti merangkumi operasi dan penyelenggaraan kepada semua fasiliti UNIMAS dilaksanakan dengan cekap dan efisien agar dapat menyumbang kepada kelancaran bagi semua aktiviti pentadbiran, pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan serta khidmat masyarakat.

FUNGSI UTAMA

Fungsi- fungsi utama Pejabat Pembangunan adalah seperti berikut :
  • Membangun infrastruktur dan fasiliti;
  • Pengoperasian dan penyelenggaraan infrastruktur dan fasiliti;
  • Mengurus perolehan pusat Universiti;
  • Mengurus aset, inventori dan stor pusat, perkhidmatan rumah staf, pengangkutan, kebersihan, landskap dan logistik.